Federer (kanan) memperoleh pendapatan tertinggi mengatasi Ronaldo di tangga kedua. FOTO Agensi
Federer (kanan) memperoleh pendapatan tertinggi mengatasi Ronaldo di tangga kedua. FOTO Agensi
Agensi

ROGER Federer menjadi pemain tenis pertama yang julung kali berada dalam senarai teratas atlet lelaki meraih pendapatan tertinggi di dunia menurut Forbes.

Majalah gaya hidup Amerika itu mendedahkan legenda Switzerland berkenaan mengatasi ikon bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Pemain nombor empat dunia itu melonjak ke senarai teratas dalam kategori atlet kaya buat pertama kali dalam kariernya dengan sebahagiannya mungkin terkesan dengan penularan wabak Covid-19 yang menghentikan semua acara sukan utama.

Ronaldo dan Messi menyaksikan pendapatan menurun mendadak kerana jumlah kekayaan kolektif dalam senarai tahunan Forbes jatuh sembilan peratus dari 2019.

Tetapi pencapai mengagumkan Federer meletakkannya dari kedudukan kelima tahun lalu kepada teratas.

Atlet berusia 38 tahun berkenaan meraih lebih £5 juta (RM26.82 juta) wang kemenangan di samping £81 juta (RM434.5 juta) daripada jurucakap dan yuran penampilan.

Bintang bola sepak Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo menduduki tempat kedua meriah sebanyak £85 juta (RM455.93 juta).

Sementara, kapten Barcelona, Messi sebanyak £84 juta (RM450.6 juta); diikuti sensasi bola sepak Brazil dan PSG, Neymar £77 juta (RM413.02 juta), bintang bola keranjang Los Angeles Lakers, LeBron James £71 juta (RM380.83 juta) serta seorang lagi pemain bola keranjang Amerika dari Golden State Warriors, Stephen Curry sebanyak £60 juta (RM321.83 juta).

Turut berada dalam senarai 10 teratas adalah Kevin Durant (bola keranjang); jaguh golf Tiger Woods; pemain quarterback NFL, Kirk Cousins serta pemain quarterback Philadelphia Eagles, Carson Wentz.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 11:44 PM