Azizan menyerahkan replika cek kepada Azraai.
Azizan menyerahkan replika cek kepada Azraai.

SKUAD Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC menerusi program UiTM FC Prihatin berjaya mengumpul dana berjumlah RM20,000 untuk membangunkan Kompleks Arshad Ayub UiTM di Shah Alam, Selangor.

Kompleks yang akan di bina di tapak Kolej Jati, Seksyen 3, pada penghujung tahun ini.

UiTM FC tidak ketinggalan untuk turut sama menyokong usaha murni pengurusan UiTM.

Melalui program UiTM FC Prihatin, pemain, barisan pengurusan dan kelab UiTM FC berjaya mengumpul dana berjumlah RM20,000 untuk disumbangkan kepada tabung berkenaan.

Majlis penyerahan sumbangan dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar merangkap Presiden UiTM FC, Profesor Dr Azizan Abdullah kepada Naib Canselor UiTM, Profesor Emiritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim.

Dalam ucapan di majlis penyerahan cek berkenaan, Azizan berkata walaupun mereka adalah pemain bola sepak pelajar kita, tetapi pemain berasa bertanggungjawab sama untuk memastikan pembinaan kompleks ini dapat dilaksanakan.

"Menerusi program UiTM FC Prihatin seluruh pemain dan kaki tangan berkerja sama dalam memastikan dana untuk tabung wakaf kompleks ini dapat dikumpulkan.

"Ini adalah program UiTM FC Prihatin ke tiga yang dilaksanakan oleh UiTM FC. Kali pertama menyumbang kepada tabung Covid-19 UiTM dan kedua menyumbangkan peralatan PPE kepada Hospital Sungai Buluh." katanya.

Hadir sama di majlis berkenaan Pengarah Sukan UiTM merangkap Setiausaha UiTM FC, Mustaza Ahmad.

Pembinaan kompleks berkenaan adalah bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran UiTM.

Kompleks berkenaan dibangunkan menerusi sumbangan oleh pihak korporat, agensi swasta, warga universiti dan alumni UiTM kepada tabung wakaf Arshad Ayub.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 12:44 PM