Tonggak serangan PSG, Mbappe (kanan) dan Neymar. FOTO Agensi
Tonggak serangan PSG, Mbappe (kanan) dan Neymar. FOTO Agensi
Agensi

ANDER Herrera menegaskan Kylian Mbappe dan Neymar sangat gembira di Paris Saint-Germain (PSG) malah gergasi Ligue 1 itu lebih berminat mendapat pemain bintang daripada menjualnya.

Mbappe dan Neymar dikaitkan dengan perpindahan keluar dari PSG, ketika Real Madrid dan Barcelona dilaporkan akhir-akhir ini berminat terhadap penyerang berkenaan.

Namun Herrera berkata kedua-dua penyerang itu kelihatan gembira di PSG, yang merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut Ligue 1 apabila musim ini dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

Apabila ditanya siapa yang sukar diganti jika PSG perlu menjual salah seorang bintangnya, pemain tengah itu memberitahu AS : "Saya tidak tahu, kerana saya tidak tahu apa yang mereka peroleh atau pendapatan mereka dapat untuk kelab ini, di mana ia masih sulit.

"Tetapi saya mengetahui mereka adalah tonggak dalam perancangan pasukan dan saya lihat mereka begitu gembira ketika menyertai PSG."

PSG menyambar Neymar untuk rekod dunia sekitar 222 juta Euro (RM1.07 bilion) dari Barca pada 2017, sementara Mbappe menyertai secara tetap dari Monaco tahun berikutnya dengan laporan sekitar 135 juta Euro (RM650 juta).

Herrera berkata gergasi Perancis itu sudah terbiasa membeli bintang dan kemudian tidak menjualnya.

"Anda harus mengambil kiri aspek asas dan saya sudah berbincang perkara ini bersama Kylian, bahawa PSG bukan kelab yang menjual pemain bintang mereka, sebaliknya mereka membeli pemain," katanya.

"Kelab mempunyai kewangan yang kukuh untuk menyokong mereka berdua."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 2:09 PM