RONALDO berpakaian ala Aladdin ketika meraikan hari jadi anaknya.
RONALDO berpakaian ala Aladdin ketika meraikan hari jadi anaknya.
Firdaus Hashim


DAVID Beckham yang juga legenda Manchester United dan England sebelum ini pernah ditawarkan untuk menjadi perisik 007 dalam filem James Bond ekoran gaya dan stail kehidupannya yang dilihat kemas dan 'macho' dianggap individu yang sesuai untuk memegang watak berkenaan.

Kini seorang lagi pemain terhebat dunia turut dikaitkan dengan watak utama dalam filem apabila Cristiano Ronaldo dikatakan calon paling ideal untuk memegang watak Aladdin dalam filem Aladdin.

Ia susulan pemilihan baju Ronaldo ketika menyambut hari lahir anak perempuannya dengan penyerang Juventus itu memilih tema Aladdin yang dimuatnaik di Instagram miliknya.

Ternyata ia menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia hingga ada yang mahu melihat pemenang Anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu di layar perak.

Menerusi hantaran itu, perkongsian Ronaldo berkenaan meraih 8 juta tanda suka manakala 51,914 komen ditinggalkan oleh pelayar Internat.

Tidak ketinggalan juga teman wanitanya, Georgina Rodriguez sempat diusik peminat Ronaldo yang mengaitkan Georgina dengan watak Power Rangers.

"Selamat Hari Jadi buat dua anak paling comel Eva dan Mateo. Kami sayang kamu berdua hingga ke akhir hayat," kata Ronaldo dalam hantarannya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 6:15 PM