Pemain  Tottenham Hotspur, Dele Alli. FOTO File Agensi
Pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli. FOTO File Agensi
Agensi

PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli terlepas perlawanan penyambungan semula Liga Perdana kerana digantung satu perlawanan oleh Persatuan Bolasepak (FA) hari ini.

Alli didapati bersalah kerana kelakuannya selepas mengejek isu penularan pandemik Covid-19.

Pemain berusia 24 tahun didakwa melanggar undang-undang Peraturan E3 (1) FA selepas memuat naik klip video di media sosial membabitkan dirinya yang berada di lapangan terbang memakai pelitup muka dan menunjukkan penampilan lelaki Asia.

Dia kemudiannya memohon maaf di atas tindakannya itu.

FA berkata Alli turut didenda 50,000 pound (RM268,709) dan perlu mengikuti kursus pendidikan selepas didapati bersalah oleh Suruhanjaya Pengawalseliaan Bebas.

Alli dijangka terlepas perlawanan pertama Tottenham apabila saingan bola sepak disambung semula ketika kunjungan seteru kelayakan Liga Juara-Juara, Manchester United pada 19 Jun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2020 @ 9:08 PM