Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp. FOTO AFP
Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp. FOTO AFP
Agensi

LIVERPOOL kembali beraksi buat pertama kali dalam tempoh 13 minggu awal pagi Isnin ketika berdepan Everton di Goodison Park dan keadaan akan kelihatan sedikit berbeza.

Perubahan paling ketara adalah perlawanan berlangsung tanpa penyokong yang bersorak buat pasukan mereka dari dalam stadium.

Ketika senario sama turut berlaku di beberapa liga utama Eropah seperti Bundesliga sejak beberapa minggu lalu.

Tetapi satu lagi perkara yang berubah dan sudah dipraktikkan di Bundesliga juga, apabila pengurus kini dibenarkan membuat lima pertukaran pemain simpanan dalam setiap perlawanan berbanding tiga sebelum ini.

Pengurusan liga dengan kerjasama 20 kelab yang lain bersetuju dengan keputusan perubahan syarat itu dengan cadangan untuk memastikan pemain cergas.

Memandangkan berdepan jadual perlawanan padat pada setiap minggu berikutan selepas saingan kompetitif ditangguhkan dalam tempoh yang lama.

Ada antaranya yang berpendapat syarat itu akan memberi kelebihan bagi kelab besar bagi kempen akan datang kerana mereka mempunyai pilihan pemain yang ramai.

Namun ia bukan sebab utama membuatkan Jurgen Klopp berasa lega menjelang pertembungan tetangga Merseyside itu.

Bercakap pada Analysing Anfield podcast, Josh Williams memberitahu: "Dalam hal di England, musim ini masih jauh, tiada pengurus Liga Perdana yang pernah menggunakan pemain gantian secara kerap berbanding Klopp.

"Dia sama seperti Graham Potter - mereka menggunakan semua tiga pemain simpanan dalam 27 daripada 29 perlawanan musim ini dan mereka menjadi ikutan dan dilabel sangat menarik oleh Carlo Ancelotti.

"Dalam saingan Bundesliga, hanya Paderborn menggunakan pertukaran lima pemain simpanan dalam setiap perlawanan mereka.

"Bayern Munich yang dijangka mempunyai kelompok pemain ramai dengan pemain simpanan memberi manfaat kepada mereka hanya menggunakannya jika perlu bagi setiap perlawanan."

Klopp dalam satu temu bual pula berkata, dia mengakui bimbang dinafikan gelaran Liga Perdana sulung dalam tempoh 30 tahun kerana krisis Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 9:30 PM