Jurulatih Valencia, Albert Celades
Jurulatih Valencia, Albert Celades
AFP

VALENCIA memecat jurulatihnya Albert Celades selepas kelab itu mempamerkan prestasi buruk dalam saingan La Liga dengan kemuncak kekalahan ke atas musuh setempat, Villarreal kelmarin.

Valencia hanya mampu memungut empat mata daripada 15 mata ditawarkan dalam liga sejak saingan disambung semula selepas pandemik Covid-19.

Lebih mengejutkan pasukan itu jatuh di kedudukan kelapan dalam liga, lapan mata memisahkan daripada slot kelayakan Liga Juara-Juara.

"Valencia sudah memaklumkan pelepasan jawatan Albert Celades," menurut kenyataan kelab itu.

Bekas pengendali sementara Voro dipanggil sekali lagi sebagai pengganti sementara buat kali keenam.

Celades mengambil alih tugas di the Mestalla pada September lalu selepas pemecatan mengejut bos terdahulu, Marcelino yang membimbing kelab berkenaan penamat di tempat keempat berturut-turut.

Tetapi Celades dilihat gagal pada penghujung musim selepas kekalahan 0-2 ke atas Villarreal meninggalkan Valencia hanya mencatat dua kemenangan dalam 13 perlawanan di semua kejohanan.

Valencia turut tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara kepada Atalanta pada Mac lalu berikutan kekalahan 4-8 secara agregat dalam saingan 16 terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 9:06 AM