IZWAN Firdaus (kanan) berkongsi sesuatu kepada Muhammad Azri.
IZWAN Firdaus (kanan) berkongsi sesuatu kepada Muhammad Azri.
Saiful Affendy Sapran


JIKA satu ketika dahulu mereka lincah bersama kayu hoki di atas padang, kini mereka tidak kekok bertukar profesion selaku perunding hartanah.

Begitulah kehidupan dua bekas pemain skuad hoki kebangsaan, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin serta Ahmad Kazamirul Nasruddin yang kini bergiat aktif selaku perunding hartanah.

Menerusi media sosial masing-masing, kedua-duanya dilihat sering memberi nasihat kepada orang ramai supaya membeli hartanah untuk kediaman sendiri atau sebagai aset pada masa depan.

"Berkongsi ilmu hartanah bersama rakan hoki, Muhammad Azri macamana untuk rancang beli hartanah. Aset rumah sangat bernilai untuk masa depan sebab harga makin meningkat.

KAZAMIRUL menunjukkan salah satu hartanah yang diuruskan untuk dijual.
KAZAMIRUL menunjukkan salah satu hartanah yang diuruskan untuk dijual.

"Saya selalu pesan kepada rakan-rakan, ingat beli rumah bukanlah susah sangat tapi kalau nak tahu susah, tunggu anda bila pencen nanti tak ada rumah. Ingat, susah dulu senang kemudian.

"Jika anda berminat mengenai hartanah, boleh tanya saya. Insya-Allah saya akan cari rumah yang anda berminat (mengikut) bajet anda," katanya Izwan di akaun Facebook miliknya.

Kazamirul juga sering berkongsi hartanah terbaharu yang diuruskan untuk dijual kepada mereka yang berminat.

"Salah satu sebab tak dapat nak beli rumah kedua adalah tersilap membeli rumah impian terlebih dahulu," kata Kazamirul dalam salah satu status di akaun Facebook miliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 6:07 PM