X
CHONG Wei mengakui berita Lin Dan ingin bersara bukan satu yang mengejutkan. FOTO NSTP
CHONG Wei mengakui berita Lin Dan ingin bersara bukan satu yang mengejutkan. FOTO NSTP
Aida Adilah Mat


"Kami tahu hari ini akan tiba.

"Penuh kenangan dalam hidup kita.

"Anda melabuhkan tirai karier dengan begitu megah.

"Anda adalah raja ketika kita sama-sama berjuang dengan penuh rasa bangga.

"Anda yang terakhir dari empat legenda," kata Datuk Lee Chong Wei dalam hantaran laman sosial Facebooknya.

Ia bukan satu berita yang mengejutkan buat bekas pemain negara itu kerana beliau tahu ia waktu itu akan tiba.

"Setahun selepas saya bersara, anda memilih keputusannya sama.

"Bukan satu yang mengejutkan dan bukan juga sesuatu yang dikesalkan.

"Kita menjadi musuh di dalam gelanggang.

"Peluh dan air mata kita tumpah bersama," kata Chong Wei yang mengimbau kenangan bersama juara dunia lima kali dari China itu selepas Lin Dan mengumumkan persaraannya.

Hari ini Lin Dan secara rasmi memaklumkan persaraan dari arena badminton dunia dan menurut Persatuan Badminton China, Lin Dan menyerahkan surat persaraannya beberapa hari lalu.

Sebagai rakan baik yang mengharungi pahit manis bersama, Chong Wei mengharapkan yang terbaik buat 'musuh tradisinya' itu, Chong Wei menyifatkan sudah tiba masa untuk Lin Dan berehat selepas sekian lama menabur bakti kepada negaranya.

Selain emas Olimpik, Lin Dan juga memenangi gelaran juara dunia sebanyak lima kali bermula 2006, 2007, 2009, 2011 dan 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 7:32 PM