HAMILTON (tengah) mengetuai pelumba F1 lain melutut tanda sokongan kepada anti perkauman. FOTO AFP)
HAMILTON (tengah) mengetuai pelumba F1 lain melutut tanda sokongan kepada anti perkauman. FOTO AFP)
AFP

LEWIS Hamilton mengetuai majoriti daripada 20 pelumba Formula Satu (F1) yang berlutut tanda solidariti kepada anti perkauman di petak permulaan sebelum bermulanya perlumbaan sulung musim ini, Grand Prix (GP) Austria sebentar tadi.

Hamilton dilihat memakai kemeja T tertera tulisan 'Black Lives Matter', manakala pelumba lain yang beratur bersamanya di petak permulaan, memakai kemeja T berwarna hitam tertera 'End racism'.

Bagaimanapun, enam daripada 20 pelumba mengambil keputusan untuk hanya berdiri.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc dan Red Bull, Max Verstappen sudah mengesahkan mereka adalah di antara pelumba F1 yang tidak akan berlutut di petak permulaan tapi tetap komited untuk menentang perkauman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 9:35 PM