X
XAVI menjelaskan beliau masih mahu berkhidmat di Qatar. FOTO AFP
XAVI menjelaskan beliau masih mahu berkhidmat di Qatar. FOTO AFP
AFP

BEKAS bintang Barcelona, Xavi Hernandez menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih kelab Qatar, Al-Sadd untuk tempoh setahun lagi sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau akan pulang ke Sepanyol.

Terdapat spekulasi dalam kalangan media beberapa hari bahawa Xavi, 40, dikatakan akan menggantikan Quique Setien di Barcelona pada hujung musim.

Hernandez menolak tawaran Januari lalu selepas Barca memecat Ernesto Valverde, sebelum keputusan mengejutkan dengan Setien menjadi pilihan.

"Saya gembira untuk bekerja di Al-Sadd dan sasaran pasukan ini adalah untuk bersaing mendapatkan semua kejuaraan.

"Fokus saya sekarang ini menyediakan pemain menjelang saingan domestik dan Asia," katanya dalam satu kenyataan dalam laman web rasmi kelab berkenaan.

Hubungan antara pihak pengurusan Barcelona, diketuai oleh Presiden, Josep Maria Bartomeu dan pemain sangat tegang, dengan Lionel Messi mengkritik secara terbuka penolong teknikal, Eric Abidal adalah di antara beberapa kontroversi yang melanda sebelum ini.

"Saya memang mahu kembali ke Barca. Saya sangat teruja. Di dalam bilik persalinan tidak boleh ada perkara negatif atau persekitaran kurang sihat," katanya selepas ditanya mengenai pertukaran pihak pengurusan.

Xavi menyertai Al-Sadd sebagai pemain pada 2015 sebelum dilantik menjadi jurulatih Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 10:19 PM