X
BOTTAS meraikan kejayaan selepas muncul juara di GP Austria. FOTO AFP
BOTTAS meraikan kejayaan selepas muncul juara di GP Austria. FOTO AFP
AFP

PELUMBA kelahiran Finland, Valtteri Bottas berjaya membantu Mercedes meraih kejuaraan sulung saingan Formula Satu (F1) musim ini di Grand Prix (GP) Austria selepas aksi sebelum ini tertangguh akibat Covid-19.

Tempat kedua diraih pelumba Ferrari, Charles Leclerc, manakala Lando Norris dari McLaren meraih podium pertama dengan menduduki tempat ketiga.

Penyandang juara, Lewis Hamilton pula dikenakan penalti di petak permulaan dan lima saat dalam perlumbaan.

"Lewis sangat pantas hari ini namun saya berjaya mengekalkan kedudukan. Ini adalah aksi paling terbaik untuk memulakan saingan musim ini," kata Bottas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 12:12 AM