X
Aimi Iwasaki
Aimi Iwasaki
Aida Adilah Mat


ATLET triatlon berdarah campuran Malaysia-Jepun, Aimi Iwasaki Muhammad Moritoshi tidak pernah menyesal memilih sukan itu biarpun banyak perancangannya untuk tahun ini tergendala kerana Covid-19.

Namun dia sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh ini termasuk ketika berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebenarnya memberi ruang kepada dirinya untuk mengkaji kelemahan diri.

Katanya, banyak yang berlegar di fikirannya antaranya bagaimana untuk dia meningkatkan prestasi dan adakah apa yang dilakukannya selama ini semata-mata untuk gaya hidup ataupun kerana terpaksa.

"Jadi sekarang saya tahu apa yang saya mahukan. Saya terbabit dengan sukan ini kerana saya minat bersukan.

"Jadi tiada apa untuk dikesalkan dan saya akan terus menjalani latihan untuk meningkatkan prestasi biarpun banyak yang perlu saya korbankan termasuk masa bersama keluarga dan rakan-rakan," katanya.

Atlet berusia, 25 tahun itu kini meneruskan latihan di kampung halamannya, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Aimi sebelum ini pernah beraksi dalam acara berbasikal tampil kali pertama di temasya Sukan Sea Filipina dan menamatkan saingan di kedudukan kelima dari 10 orang atlet yang bertanding yang mana emas dimenangi atlet tuan rumah.

Selain aktif bersukan, Aimi turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual kek kesihatan hasil resepi rahsia ciptaannya.

Bagi mereka yang minat boleh melayari Facebook dan Instagram miliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 9:55 PM