PATRICK Cantlay (kiri) juara kejohanan Memorial tahun lalu diMuirfield Village Golf Club Dublin, Ohio. FOTO AFP
PATRICK Cantlay (kiri) juara kejohanan Memorial tahun lalu diMuirfield Village Golf Club Dublin, Ohio. FOTO AFP
AFP

PENONTON tidak dibenarkan untuk menyaksikan kejohanan Memorial minggu depan selepas perkara itu diumumkan Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) yang risau mengenai penularan wabak Covid-19 di lapangan.

Sejak kembali bersambung bulan lalu, penganjur mensasarkan untuk membenarkan penonton hadir ke kejohanan yang akan diadakan di Muirfield Village di Dublin, Ohio.

Bagaimanapun, 968 kes dicatatkan negeri berkenaan Ahad lalu, meningkat 42 kes dan jumlah tertinggi dicatatkan di Franklin County, kawasan Columbus di mana PGA akan melangsungkan kejohanannya di situ minggu ini.

"Kejohanan Memorial dan Jelajah PGA membuat keputusan tepat dengan tidak membenarkan kehadiran penonton.

"Saya tahu ia keputusan sukar untuk dibuat namun penganjur meletakkan faktor kesihatan dan keselamatan pemain serta penonton perkara paling utama," kata Gabenor Ohio, Mike DeWine.

Tidak ada jadual baru bila PGA akan membuka pintu untuk penonton masuk menyaksikan kejohanan yang akan dianjur mereka.

"Walaupun satu keputusan sukar ia dilakukan secara bersama dan kami menghargai proses yang dilakukan sehingga ke tahap ini. Kami hanya akan membenarkan penonton hadir ke kejohanan apabila waktunya sudah sesuai," kata Komisioner Jelajah PGA AS, Jay Monahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 9:19 AM