Federer bersama jenama kasutnya. FOTO Agensi
Federer bersama jenama kasutnya. FOTO Agensi
Agensi

ROGER Federer mengikut jejak langkah Michael Jordan dengan melancarkan jenama kasutnya sendiri.

Bagaimanapun, kasut sukan berkenaan hanya dihasilkan sebanyak 1,000 pasang.

Federer tidak bersama Nike sejak 2018 selepas 24 tahun bersama penaja jenama sukan terkenal itu selain menandatangani kontrak perjanjian mewah bersama jenama fesyen terkenal, Uniqlo.

Dia juga berjaya memperoleh hak menggunakan logo ikonik 'RF'.

Atlet berusia 38 tahun itu kelihatan menggayakan kasut tenis yang dinamakan 'The Roger' bersama syarikat Switzerland, On AG.

Legenda tenis dunia itu berharap dapat mengikut jejak di atas kejayaan ikon NBA, Jordan yang mengeluarkan kasut pertama pada 1984.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 10:15 PM