SOLSKJAER (kanan) mengakui Pogba sudah mempamerkan bisanya yang sebenar. FOTO AFP
SOLSKJAER (kanan) mengakui Pogba sudah mempamerkan bisanya yang sebenar. FOTO AFP
AFP

OLE Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United sekarang sangat berbeza berbanding sebelum ini ketika di awal permulaan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas belum dikalahkan dalam 17 perlawanan apabila menang 3-0 ke atas Aston Villa awal pagi tadi.

United menjadi pasukan pertama dalam sejarah EPL memenangi empat perlawanan berturut-turut dengan margin tiga gol tatkala Mason Greenwood meneruskan prestasi cemerlang hasil satu lagi penyudah berbisa selepas gol pendahuluan melalui sepakan penalti kontroversi Bruno Fernandes.

Fernandes kemudiannya bergandingan bersama Paul Pogba yang meledak gol pertamanya selepas lebih setahun sekali gus membantu United hanya kurang satu mata dari kelompok empat terbaik.

Pogba yang terlepas hampir sebahagian aksi musim ini akibat kecederaan ternyata berbeza seperti sebelum ini apabila dia kembali cergas dan pembelian Fernandes Januari lalu, ditambah dengan peningkatan mendadak Greenwood menyebabkan skuad United berubah wajah.

"Dia seorang individu dan pemain yang luar biasa, salah satu pemain tengah terbaik dunia. Dia menjadi semakin bagus sebab sudah lama tidak beraksi.

"Anda dapat lihat sendiri dia sangat seronok. Pasukan ini sudah berbeza selepas kehilangannya ketika dia cedera. Focus, perwatakan, semuanya semakin bagus," kata Solskjear.

Impak disebabkan Covid-19 mampu mengubah karier Pogba di United.

Sebelum pandemik berkenaan, pemain yang membantu Perancis juara Piala Dunia itu bersedia untuk meninggalkan kelab buat kali kedua dalam kariernya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 9:56 AM