VINICIUS tidak positif Covid-19 berikutan ujian yang dilakukan mengalami sedikit kesilapan. FOTO AFP
VINICIUS tidak positif Covid-19 berikutan ujian yang dilakukan mengalami sedikit kesilapan. FOTO AFP
AFP

PENYERANG Brazil, Vinicius Junior disenaraikan dalam skuad Real Madrid untuk berdepan Alaves awal pagi esok selepas jurulatih, Zinedine Zidane mengesahkan laporan positif Covid-19 ke atas pemain itu terdapat kesilapan.

"Doktor memberitahu saya ujian yang dilakukan tidak berjalan dengan betul dan kami akan melakukannya sekali lagi.

"Dia tidak positif, ujian itu tidak dilakukan dengan betul. Ada kalanya kesilapan boleh berlaku dan anda tidak akan dapat keputusan positif atau negatif. Ia boleh berlaku," kata Zidane.

Zidane juga berharap kepada bintang Belgium, Eden Hazard, yang terlepas aksi ketika mereka mengalahkan Atletico Bilbao akibat kecederaan buku lali.

"Dia cuma berasa tidak selesa, tidak terlalu teruk dan dia berlatih dengan kami seperti biasa.

"Saya berharap Hazard akan bersama kami dalam baki empat perlawanan nanti dan juga Liga Juara-Juara. Dia hanya mahu terbabit masa dan ia tidak ada apa perlu dirisaukan. Dia cuma berasa kurang selesa dari masa ke semasa," kata Zidane.

Real bagaimanapun, tidak dapat menurunkan Sergio Ramos dan Dani Carvjal, manakala Marcelo pula terlepas latihan bersama Zidane semalam kerana mengalami sedikit kecederaan.

"Kami semua harus melihat bagaimana keadaannya dalam beberapa hari ini kerana dia akan melakukan imbasan esok (hari ini)," kata Zidane.

Dengan hanya berbaki empat perlawanan hujung musim ini, Real mendahului satu mata mengatasi Barcelona di puncak liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 2:55 PM