Subahan Kamal (kanan) ketika sidang media mengumumkan penajaan Puma berjumlah RM1.5 juta bagi pakaian pasukan Hoki Malaysia untuk tiga tahun bermula 2021 di Stadium Hoki Bukit Jalil hari ini.FOTO Bernama
Subahan Kamal (kanan) ketika sidang media mengumumkan penajaan Puma berjumlah RM1.5 juta bagi pakaian pasukan Hoki Malaysia untuk tiga tahun bermula 2021 di Stadium Hoki Bukit Jalil hari ini.FOTO Bernama
Aida Adilah Mat


TEKA-teki siapakah yang akan menjawat jawatan ketua jurulatih skuad hoki wanita kebangsaan mungkin akan terjawab esok apabila ahli jawatankuasa kejurulatihan bersidang.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, mesyuarat itu akan membincangkan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu dan akan memaklumkan keputusan terkini mengenai jawatan jurulatih berkenaan selepas mesyuarat selesai.

Sementara itu, Subahan memaklumkan kehadiran pengeluar kasut dan pakaian sukan terkemuka, Puma, sebagai penaja pakaian rasmi skuad hoki negara dengan tajaan bernilai RM1.5 juta untuk tempoh tiga tahun mulai tahun depan.

Jenama Jerman itu akan menjadi pakaian rasmi skuad kebangsaan khususnya ketika skuad lelaki yang sedang membuat persiapan bagi menghadapi Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia.

Puma diwakili oleh Pengurus Active Sports Centre, S Murugeson iaitu wakil tajaan dan hal ehwal korporat jenama itu di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 7:16 PM