Klopp memberi arahan kepada Hendo. FOTO Agensi
Klopp memberi arahan kepada Hendo. FOTO Agensi
Agensi

KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson dijangka terlepas baki saingan musim ini berikutan mengalami kecederaan lutut.

Pemain tengah England itu dipapah keluar ketika pasukannya menewaskan Brighton 3-1 Rabu lalu selepas bertembung dengan Yves Bissouma.

Jurgen Klopp mengesahkan Hendo tidak akan memainkan peranannya lagi dalam membantu usaha pasukan juara itu untuk memecahkan rekod 100 mata Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas pemain Sunderland itu, bagaimanapun, tidak memerlukan pembedahan dan pengurus, Klopp, optimis kapten pasukannya itu akan kembali cergas untuk memulakan musim 2020-21.

Klopp berkata : "Berita terbaik yang ada. Ia adalah kecederaan lutut tetapi tidak memerlukan pembedahan.

"Dia tidak akan bermain lagi musim ini tetapi saya positif dia dapat memulakan musim baru ini. Dia seorang yang cepat sembuh."

Liverpool berdepan Burnley malam ini dan akan bertemu Arsenal, Chelsea dan Newcastle dalam tiga perlawanan terakhir liga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 6:44 PM