Jurulatih Bologna, Sinisa Mihajlovic
Jurulatih Bologna, Sinisa Mihajlovic
AFP

JURULATIH Bologna, Sinisa Mihajlovic berkata dia memilih untuk tidak bermain di semua perlawanan jika aksi akan datang diteruskan tanpa kehadiran penonton.

"Beraksi tanpa penonton tidak begitu bagus dan anda akan merasa bosan dengannya," kata pengendali dari Serbia berusia 51 tahun itu.

"Saya tahu ini adalah cara untuk menamatkan kejohanan tetapi saya harap bermula September ini orang ramai akan kembali ke stadium.

"Jika saya diberi pilihan antara beraksi musim depan atau aksi dalam keadaan tertutup, saya pilih untuk tidak bermain.

"Saya sudah berada dalam dunia bola sepak sudah sekian lama tapi situasi ketika ini membuatkan kami sukar memberi penjelasan.

"Ia menjadikan bola sepak kaku yang tidak memberikan keseronokan kepada saya. Perlawanan hari ini agak teruk berbanding sesi latihan, termasuk kedengaran bunyi bola.

"Bermain cara ini agak teruk dan saya fikir bukan hanya saya seorang yang memikirkan mengenainya."

Bologna hanya menang dua daripada sembilan perlawanan sejak aksi bola sepak di Itali disambung semula pada 20 Jun selepas ditangguhkan tiga bulan kerana Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2020 @ 1:08 PM