Issa Kabore. FOTO Agensi
Issa Kabore. FOTO Agensi
Agensi

MANCHESTER City menandatangani pertahanan remaja, Issa Kabore dari kelab Divsiyen Satu Belgium, Mechelen.

Kabore, 19, pemain kebangsaan Burkina Faso akan menghabiskan masa musim depan di Mechelen dengan pinjaman selepas mengikat perjanjian kontrak selama lima tahun di Stadium Etihad.

Pemain pertahanan kanan menyertai kelab Belgium dari Rahimo iaitu kelab negara kelahirannya pada Ogos lalu dan tampil lima kali dalam skuad utama 2019-20.

Yuran perpindahan pemain itu tidak didedahkan, yang juga kekal kepada syarat pelepasan antarabangsa.

"Ini adalah situasi menang-menang bagi semua pihak," kata Pengarah Sukan Mechelen, Tom Caluwe.

"Pemain itu sendiri mempunyai impian beraksi di Liga Perdana dan boleh melakukan persediaan bersama kami sebelum menyertai liga berkenaan."

Difahamkan City turut membuat persediaan 2020-21 untuk skuad utama mereka apabila dikatakan hampir bersetuju dengan perjanjian bernilai £31.6 juta (RM173.9 juta) bagi pemain Valencia dan skuad bawah 21 tahun Sepanyol, Ferran Torres.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 2:15 PM