KELIHATAN seekor beruang masuk ke padang golf. FOTO Agensi
KELIHATAN seekor beruang masuk ke padang golf. FOTO Agensi
Agensi

BARISAN pemain yang sedang beraksi di Barracuda Championship terkejut apabila seekor beruang masuk ke lapangan golf.

Kejohanan itu berlangsung di lapangan Tahoe Mountain Club Old Greenwood di Truckee, California.

Beruang sememangnya kerap kelihatan di kawasan itu, malah penduduk tempatan berkata binatang itu kerap 'menceroboh' ke kawasan perumahan.

Pada 2017, terdapat 14 laporan mengenai beruang masuk ke kawasan perumahan.

Beruang itu mungkin kelihatan comel namun harus berjaga-jaga kerana ia mudah untuk membuka pintu kereta anda dan mampu berlari dengan laju.

Kebiasaannya beruang akan keluar dari kawasan mereka untuk mencari makanan, namun lapangan golf bukanlah tempat yang sesuai untuk memenuhi hajat mereka itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 9:56 PM