Lorenzo Insigne
Lorenzo Insigne
AFP

NAPOLI mungkin turun tanpa Lorenzo Insigne bagi saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Barcelona minggu ini selepas kelab Serie A itu mendedahkan penyerang Itali itu mengalami kecederaan paha.

Dalam kenyataannya, Napoli berkata Insigne mengalami kecederaan serius pada otot paha kiri dan meletakkannya berada dalam risiko tinggi tersisih perlawanan timbal balik di Camp Nou, Sabtu ini.

Napoli tidak memaklumkan tempoh pemulihan bagi pemain sayap itu sebaliknya akan membuat pemantauan setiap hari.

Insigne, 29, mengalami kecederaan ketika kemenangan kelab itu ke atas Lazio, 3-1 pada perlawanan terakhir musim Serie A mereka.

Napoli berkunjung ke Catalonia dengan kedudukan seri 1-1 dan kedua-dua pasukan kini bermain untuk pemburuan tempat ke peringkat lapan terakhir kejohanan di Lisbon.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 8:58 AM