SERAMAI 11 pemain Bangladesh diuji positif Covid-19. FOTO Agensi
SERAMAI 11 pemain Bangladesh diuji positif Covid-19. FOTO Agensi
AFP

SERAMAI 11 pemain skuad kebangsaan Bangladesh diuji positif Covid-19, sekali gus memberi tamparan hebat buat mereka menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2022.

Jangkitan itu disahkan selepas 24 daripada 36 pemain yang dijadualkan menyertai kem latihan yang dianjurkan oleh jurulatih England, Jamie Day melakukan ujian saringan.

"Tidak ada seorang daripada mereka yang mempunyai simptom sebelum melakukan ujian," jelas Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Bangladesh, Abu Nayeem Shohag.

Bangladesh merekodkan 250,000 kes Covid-19 dan mencatatkan 3,300 kematian berikutan wabak berkenaan.

Pasukan berkenaan menduduki ranking ke-187 dunia dan berada di kedudukan terbawah Kumpulan E Kelayakan Piala Dunia 2022.

Mereka dijadualkan beraksi dalam baki empat perlawanan awal tahun ini namun disebabkan pandemik berkenaan kesemua perlawanan ditangguhkan dan sekarang bakal diadakan pada Oktober serta November.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 10:08 PM