PENALTI Fernandes (kiri) membantu United ke separuh akhir Liga Europa. FOTO AFP
PENALTI Fernandes (kiri) membantu United ke separuh akhir Liga Europa. FOTO AFP
AFP

JARINGAN penalti Bruno Fernandes pada masa tambahan membantu Manchester United menumpaskan FC Copenhagen 1-0 dalam aksi suku akhir Liga Europa.

Pemain antarabangsa Portugal itu meledak gol ketujuh dalam kejohanan berkenaan sekali gus membolehkan United mara ke separuh akhir dan bakal bertemu Sevilla atau Wolves.

Turut ke separuh akhir ialah Inter Milan yang mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bayer Leverkusen dan Nicolo Berella membuka jaringan pada minit ke-15, diikuti gol kedua Romelu Lukaku enam minit kemudian.

Gol saguhati Leverkusen disumbat Kai Havertz pada minit ke-25.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 7:44 AM