X
SANCHO (kiri) menyertai skuad Dortmund untuk kem latihan pramusim di Switzerland. FOTO Agensi
SANCHO (kiri) menyertai skuad Dortmund untuk kem latihan pramusim di Switzerland. FOTO Agensi
AFP

JADON Sancho akan menyertai Borussia Dortmund bagi kem pramusim hari ini, iaitu hari terakhir kelab Bundesliga itu memberikan tempoh kepada Manchester United untuk menandatangani pemain sayap England itu.

"Kami sudah membuat perancangan dengan Jadon, dia akan beraksi bersama Borussia Dortmund musim depan. Keputusannya adalah muktamad," kata Pengarah Sukan, Michael Zorc di Bad Ragaz, Switzerland.

Zorc juga mendedahkan mereka sudah menaikkan gaji Sancho, yang sebelum ini sudah menandatangani penyambungan kontrak sehingga Jun 2023.

Pemain berusia 20 tahun itu adalah bintang yang sedang menyinar di Eropah dan Dortmund, dengan nilainya meningkat kepada €120 juta (RM591 juta).

Media di Britain melaporkan minggu lalu United semakin hampir untuk mendapatkan Sancho.

Berita mengenai perpindahannya ke United menjadi semakin rancak selepas Sancho dikesan menghadiri parti di London sebelum kembali semula ke Dortmund.

Dalam temuramah minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengeluarkan kenyataan bahawa perpindahan membabitkan Sancho tidak akan dilakukan sebaik saja mereka memulakan kem latihan di Switzerland.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 2:52 PM