Francis Coquelin. FOTO File Agensi
Francis Coquelin. FOTO File Agensi
AFP

BEKAS pemain tengah Arsenal, Francis Coquelin sah menyertai Villarreal dari Valencia dengan perjanjian selama empat tahun, umum kedua-dua kelab Sepanyol itu hari ini.

Media tempatan melaporkan kontrak membabitkan pemain berusia 29 tahun yang meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris pada 2018 selepas lebih 10 tahun berada di kelab itu dianggarkan bernilai 8 juta Euro (RM39.57 juta).

Villarreal akan beraksi dalam saingan Liga Europa musim depan di bawah bimbingan bekas jurulatih Sevilla dan Paris Saint-Germain, Unai Emery.

Coquelin adalah sebahagian daripada pemain skuad Valencia yang menamatkan saingan di tempat ke sembilan dalam La Liga selepas musim yang perit buat kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 9:38 PM