BUKAN hanya Messi seorang tapi ramai pemain Barca mampu mengancam Bayern. FOTO AFP
BUKAN hanya Messi seorang tapi ramai pemain Barca mampu mengancam Bayern. FOTO AFP
AFP

LIONEL Messi tidak pernah berdepan tugasan yang menakutkan di Barcelona termasuk untuk mengalahkan Bayern Munich di Lisbon awal pagi Sabtu ini.

Satu-satunya pasukan bekas juara dengan masing-masing pernah meraih lima gelaran dan masih meneruskan perjuangan akan bertemu sesama sendiri di suku akhir di Stadium Da Luz.

Ia bukan selalu Messi dan Barcelona beraksi dalam aksi penting peringkat Eropah dengan dilabel sebagai bukan pilihan ini disebabkan pasukan bimbingan Quique Setien tumpas kepada Real Madrid dalam perubatan liga, manakala Bayern tidak berdepan masalah untuk meraih tiga kejuaraan domestik.

Messi, yang sekarang berusia 33 tahun, masih lagi menjadi pemain harapan Barcelona.

Dia pernah menjaringkan dua gol ketika berdepan Bayern pada suku akhir 2009 di mana ketika itu Barca muncul juara Liga Juara-Juara di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Seterusnya dia meledak empat gol ketika berdepan Arsenal untuk tahun berikutnya dan menjaringkan lima gol menumpaskan Bayer Leverkusen pada 2012 namun ketika itu Barca adalah pasukan pilihan.

Messi juga pernah menenggelamkan Real Madrid di Santiago Bernabeu pada 2011 apabila dia meledak dua gol pada separuh akhir pertama.

Kali ini ancamannya sedikit berbeza selepas Luis Suarez, Antoine Griezmann akan berada di sampingnya dan Frenkie de Jong serta Sergio Busquets sedia di belakangnya dan Jordi Alba boleh melebarkan permainan di bahagian sayap, Messi tidak lagi keseorangan.

"Bayern bermain dengan baik dan berada pada tahap keyakinan tinggi tapi kami mempunyai senjata untuk mengalahkan mereka," kata Griezmann.

"Kami harus optimis, kami berada dalam keadaan yang baik," kata Setien selepas aksi menentang Napoli.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 3:24 PM