OZIL menegaskan tidak akan membenarkan kelab memaksanya untuk berhijrah. FOTO Agensi
OZIL menegaskan tidak akan membenarkan kelab memaksanya untuk berhijrah. FOTO Agensi
AFP

MESUT Ozil menegaskan hanya dia akan menentukan bilakah akan meninggalkan Arsenal selepas bintang Jerman itu diketepikan oleh pengurus Gunners, Mikel Arteta.

Ozil tidak pernah beraksi untuk Arsenal selepas pasca pandemik Covid-19 dengan kelab dikatakan mahu menamatkan pembayaran gajinya yang mahal.

Pemain berusia 31 tahun itu dilaporkan meraih gaji £350,000 (RM1.9 juta) seminggu namun gagal memberi impak besar sejak menyertai Gunners dari Real Madrid pada 2013.

Ozil menegaskan, dia tidak akan membenarkan kelab memaksanya untuk berhijrah sebelum kontraknya berakhir pada Jun 2021.

"Situasi agak sukar tetapi saya sayangkan Arsenal. Saya akan tentukan bila akan pergi, bukannya orang lain.

"Saya memberikan segala-galanya untuk kelab ini. Situasi ketika ini tidak akan melunturkan semangat saya, sebaliknya membuatkan saya semakin kuat.

"Saya sudah membuktikan pada masa lalu bahawa saya akan bangkit semula dan menunjukkan kemampuan sebenar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 10:03 PM