X
KORDA juara Taiwan Swinging Skirts dua tahun berturut-turut pada 2018 dan 2019. FOTO Agensi
KORDA juara Taiwan Swinging Skirts dua tahun berturut-turut pada 2018 dan 2019. FOTO Agensi
AFP

JELAJAH LPGA membatalkan kejohanan Taiwan Swinging Skirts berikutan bimbang dengan penularan wabak Covid-19 dan larangan rentas negara.

Kejohanan itu dijadualkan pada 29 Oktober hingga 1 November di Miramar Golf Country Club, namun LPGA berkata, keputusan untuk membatalkan kejohanan itu berdasarkan nasihat terkini daripada kerajaan Taiwan.

"Di mana kami masih lagi kecewa tidak dapat beraksi tahun ini, kedua-dua Swinging Skirts dan LPGA untuk kembali menyambung semula aksi pada 2021 bagi kejohanan Taiwan Swinging Skirts LPGA," kata LPGA..

Pemain Amerika Syarikat, Nelly Korda meraih kejuaraan kali kedua berturut-turut di Taiwan tahun lalu, selepas perlawanan diheret sehingga ke aksi playoff.

Dia meraih kejuaraan sulung LPGA di kejohanan yang sama pada 2018.

Pemain golf profesional lelaki dan wanita kembali menyambung aksi di Amerika Syarikat dan Eropah, tapi semuanya diadakan tanpa penonton dan protokol pengawalan virus yang ketat.

Saingan LPGA 2020 terpaksa dihentikan akibat pandemik berkenaan Februari lalu selepas hanya empat kejohanan, dua di Florida dan dua di Australia.

Ia baru disambung semula dua minggu lalu dengan dua kejohanan berturut-turut di Ohio tatkala kedua-duanya disambar Danielle Kang.

Minggu ini jelajah berkenaan akan melintasi Atlantik untuk Terbuka Scotland di North Berwick, sebelum kejohanan utama pertama dilangsungkan, Terbuka British Wnita di Troon.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 2:36 PM