McGregor (kiri) mahu perlawanan semula berdepan Khabib. FOTO File Agensi
McGregor (kiri) mahu perlawanan semula berdepan Khabib. FOTO File Agensi
Agensi

KHABIB Nurmagomedov memberitahu Conor McGregor perlu menewaskan Dustin Poirier sekali lagi sebelum mendapat tempat untuk perlawanan semula bertemunya.

McGregor, 32, yang tewas kepada Khabib dalam aksi menarik pada 2018 dilaporkan masih menagih aksi pertembungan semula dua bintang seni bela diri campuran (MMA) itu.

Bos UFC, Dana White sudah berjanji kepada atlet dari Ireland itu dengan peluang membalas dendam selepas atlet yang tidak pernah tewas Khabib berdepan Justin Gaethje, 31, pada Oktober ini.

Namun selepas melihat Gaethje merangkul kejuaraan interim ketika perintah berkurung kerana pandemik Covid-19 secara tiba-tiba McGregor mengumumkan persaraannya.

Khabib mendesak pencabarnya untuk melakukan penampilan semula buat kali keempat sekali gus membuka ruang untuk pertarungan semula yang menguntungkan - itupun selagi dia berjaya menewaskan Poirier.

Khabib Nurmagomedov. FOTO File Agensi
Khabib Nurmagomedov. FOTO File Agensi

Khabib memberitahu : "Biarkan dia kembali semula (dan) mengalahkan Dustin Poirier, kemudian saya akan bertarung dengannya - tiada masalah."

McGregor mengalahkan Poirier di featherweight pada 2014, tapi atlet Amerika berusia 31 tahun sudah memenangi 10 pertarungan dalam 12 perlawanan terakhirnya.

Malah dia layak bertarung merebut kejuaraan lightweight yang dikuasai Khabib selepas memenangi gelaran interim pada 2019 tetapi dia tewas dalam pertarungan tiga pusingan.

Khabib kembali menawarkan pertarungan bersama McGregor ketika satu sidang media di Rusia, acara umum pertama sejak kematian bapa dan juga jurulatihnya, Abdulmanap kerana Covid-19.

"Selepas Gaethje, saya mungkin bersedia untuk berdepan mana-mana lawan yang memperoleh kemenangan daripada Poirier. Tony [Ferguson] atau McGregor, ia tidak perbezaan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 1:42 PM