Percubaan Messi untuk menjaringkan buat Barcelona
Percubaan Messi untuk menjaringkan buat Barcelona
AFP

LIONEL Messi menjaringkan dua gol bagi membantu Barcelona menewaskan pasukan divisyen dua, Girona 3-1 dalam aksi perlawanan persahabatan.

Messi turut membantu Philippe Coutinho yang kembali selepas dipinjamkan ke Bayern Munich untuk gol pertamanya pada minit ke-21.

Pemain Argentina itu meledakkan gol pertamanya selepas 45 minit dari dalam kawasan penalti. Gol keduanya terhasil selepas 50 minit permainan.

Dia bagaimanapun dikeluarkan selepas sejam beraksi.

Messi hanya kembali menjalani latihan awal minggu lalu selepas mengatakan bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu.

Messi diturunkan pada perlawanan persahabatan pertama Barcelona dan bermain selama 45 minit tanpa sebarang gol ketika mereka melakarkan kemenangan 3-1 ke atas pasukan divisyen tiga, Gimnastica Tarragona.

Terdahulu Presiden La Liga, Javier Tebas berkata dia gembira Messi kekal di Barcelona.

"Messi sangat penting bagi kejohanan kami," kata Tebas.

"Dia adalah pemain yang dilahirkan untuk pertandingan kami dan berharap dia akan menamatkan kariernya di liga kami."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 8:14 AM