PSG melakarkan kemenangan pertama. FOTO AFP
PSG melakarkan kemenangan pertama. FOTO AFP
AFP

JULIAN Draxler menjaringkan gol pada masa tambahan untuk menghadiahkan kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini untuk Paris Saint-Germain 1-0 ke atas Metz di laman sendiri.

PSG yang turun tanpa ramai pemain bintang sebelum sepak mula, terpaksa beraksi sembilan orang ketika Draxler meledakkan gol PSG dalam liga musim ini.

"Saya sangat bangga. Ia amat menakjubkan. Saya masih memikirkannya kerana saya tidak mempercayainya," kata jurulatih PSG Thomas Tuchel.

PSG yang mempamerkan aksi agresif, terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas 65 minit apabila pertahan Abdou Diallou dilayang kad kuning kedua dan kad merah keempat untuk kelab musim ini.

Pada babak terakhir, pertahanan Juan Bernat yang dimasukkan pada minit ke-63 mengalami kecederaan lutut menyaksikan PSG beraksi dengan sembilan orang kerana sudah menggunakan semua pemain simpanan.

"Semua penyokong boleh berbangga. Kami masih menang dengan sembilan pemain berdepan 11 pemain lawan," kata Tuchel.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 9:24 AM