AKSI Vinales pada sesi kelayakan. FOTO AFP
AKSI Vinales pada sesi kelayakan. FOTO AFP
AFP

MAVERICK Vinales menyambar petak pertama buat kali kedua berturut-turut di Misano selepas mendominasi saingan kelayakan di Grand Prix (GP) Emilia-Romagna.

Pada GP San Marino minggu lalu, pelumba Sepanyol yang beraksi bersama Yamaha itu gagal memanfaatkan kelebihan berkenaan apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.

"Saya berasa lebih baik berbanding perlumbaan yang lain," kata Vinales selepas mencatat rekod baharu sepusingan terpantas 1 minit 31.077 saat (s).

"Saya dapat merasakan sesuatu yang sangat baik pada hari perlumbaan. Prestasi jentera jauh lebih baik berbanding minggu lalu," katanya lagi.

Pelumba Australia, Jack Miller dari pasukan Ducati-Pramac pula meraih petak kedua.

Manakala pelumba Perancis, Fabio Quartararo yang beraksi bersama Yamaha-SRT melengkapkan barisan hadapan perlumbaan esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 10:13 PM