Wolff mempamerkan aksi konsisten untuk mendahului dengan dua pukulan. FOTO AFP
Wolff mempamerkan aksi konsisten untuk mendahului dengan dua pukulan. FOTO AFP
AFP

New York: Matthew Wolff mempunyai peluang untuk melakarkan sejarah merangkul kejuaraan Terbuka AS namun pemain berusia 21 tahun itu perlu mengatasi rasa gementar bagi memastikan kejayaan dalam arena golf.

Wolff membenam lima bawa par 65 pada untuk mendahului dengan dua pukulan di Winged Foot menjadikan pemain termuda berjaya mendahului Terbuka AS selepas 54 lubang sejak 1975.

Dia boleh menjadi termuda yang membuat penampilan pertama di Terbuka AS merangkul kemenangan sejak Francis Ouimet pada 1913 pada hari ulang tahun yang ke-107 kejohanan itu.

Selepas berkongsi kedudukan keempat ketika membuat penampilan sulung dalam siri Kejuaraan PGA, timbul beberapa keraguan sama ada Wolff boleh merangkul kejayaan atau tidak.

"Ia sangat awal dalam karier saya tapi saya rasa, saya mempunyai peluang untuk menang," kata Wolff. "Saya rasa saya sudah bersedia untuk menang di sini dan menang kejohanan utama.

"Saya sudahpun menang Jelajah PGA dan saya tahu permainan saya berada di tahap yang amat baik. Saya berasa sangat baik dan yakin."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 2:13 PM