Pemain Romania, Simona Halep bersama trofi yang dimenangi di Terbuka Itali. FOTO AFP
Pemain Romania, Simona Halep bersama trofi yang dimenangi di Terbuka Itali. FOTO AFP
AFP

Rome : Pilihan utama kejohanan, Simona Halep memenangi kejuaraan Terbuka Itali pertamanya tatkala penyandang juara, Karolina Pliskova menarik diri selepas ketinggalan 6-0, 2-1 pada aksi final sebentar tadi.

Simona, 28, yang juga pemain nombor dua dunia bersaingan dalam final ketiganya di WTA Rome, selepas menamatkan saingan di tempat kedua pada 2017 dan 2018 di gelanggang tanah liat dekat Foro Italico.

Karolina pemain pilihan kedua beraksi dalam keadaan betis kirinya berbalut dan memerlukan rawatan di belakang badan dan kaki selepas set pertama menyaksikan Simona mudah menamatkan perlawanan dalam masa 20 minit.

Simona (kanan) dan naib juara Karolina bergambar bersama trofi masing-masing. FOTO AFP
Simona (kanan) dan naib juara Karolina bergambar bersama trofi masing-masing. FOTO AFP

Juara Wimbledon Simona mengesahkan kejuaraan ke-22 kariernya hanya seminggu sebelum bermula Terbuka Perancis yang dimenanginya pada 2018.

Simona melebarkan rekod kemenangan musim ini kepada 14 kali berturut-turut.

Dia menang kejuaraan di Dubai pada Februari, sebelum perintah berkurung kerana Covid-19, dan kembali mengesahkan kejuaraan di Prague bulan lalu seterusnya memilih untuk tidak mengambil bahagian di Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 10:37 PM