Edouard Mendy. FOTO Agensi
Edouard Mendy. FOTO Agensi
Agensi

London: Penjaga gol Rennes, Edouard Mendy menjalani ujian perubatan di Chelsea sebagai persediaan menyertai kelab Inggeris itu menurut pengurus Blues, Frank Lampard.

Pemain dari Senegal berusia 28 tahun itu, akan bersaing dengan Kepa Arrizabalaga penjaga gol £71 juta (RM372.6 juta) yang mencatat rekod perpindahan kelab.

Kepa melakukan kesilapan bagi gol kedua Liverpool dalam kekalahan 0-2 pada saingan Liga Perdana Ahad lalu, yang disifatkan sebagai kesilapan mudah oleh Lampard.

"Kami membawa Mendy dalam pasukan sebagai saingan di posisi itu. Saya tidak tahu apa kelebihannya untuk jangka panjang. Saingan adalah perkara biasa. Ia terpulang kepada individu untuk berusaha berada dalam skuad." kata Lampard.

Kepa disisihkan musim lalu selepas melakukan beberapa kesilapan termasuk pada aksi final Piala FA, di mana penjaga gol berusia 25 tahun itu digantikan dengan penjaga gol kedua, Willy Caballero, 38.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 11:17 PM