RASHFORD sering melakukan kerja amal. FOTO Agensi
RASHFORD sering melakukan kerja amal. FOTO Agensi
Agensi

Manchester: Marcus Rashford berkongsi sepucuk surat daripada seorang peminat berusia tujuh tahun yang memujinya kerana melakukan kerja amal selain memintanya menyertai Tottenham Hotspur.

Rashford berkongsi surat yang ditulis kanak-kanak bernama Jack di akaun Twitter miliknya.

"Kehadapan Marcus. Saya meminati semua kerja-kerja amal yang anda lakukan untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Anda memberi inspirasi kepada saya kerana anda sentiasa membantu kanak-kanak yang melalui kehidupan sukar.

"Anda membuatkan saya mahu membantu orang lain dan menjadi seorang yang lebih baik. Kerana anda, kami akan menderma lebih banyak makanan, permainan dan pakaian untuk membantu mereka yang memerlukan berhampiran dengan kami.

"Skil bola sepak anda juga memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih baik," tulis Jack menerusi surat itu.

Jack kemudian menamatkan coretannya dengan menulis: "Bolehkan anda menyertai Spurs?"

Rashford kemudian membalas: "Kehadapan Jack. Terima kasih atas surat anda. Ia membuatkan saya tersenyum. Teruskan menjadi insan yang baik."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2020 @ 10:02 PM