Loris Karius. FOTO File Agensi
Loris Karius. FOTO File Agensi
Agensi

London: Loris Karius meninggalkan Liverpool lagi kali ini untuk menyertai kelab Bundesliga, Union Berlin sebagai pemain pinjaman selama semusim.

Penjaga gol itu sebelum ini menamatkan kontrak awal pada Mei lalu selepas dipinjamkan selama dua tahun di kelab gergasi Turki, Besiktas kerana membantah mengenai pembayaran gajinya.

Pemain berusia 27 tahun itu, menyertai Besiktas pada Ogos 2018 akhirnya memilih kembali ke negara kelahirannya.

Karius tiba di Anfield dari Mainz 05 pada 2016 dan beraksi 49 perlawanan untuk skuad juara Liga Perdana tetapi diketepikan selepas melakukan beberapa kesilapan memalukan termasuk pada final Liga Juara-Juara 2018.

Kontrak Karius bersama Liverpool dijangka tamat pada Jun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 3:21 PM