X
ARUL Selvaraj.
ARUL Selvaraj.
Agensi

Kuala Lumpur: Barisan jurulatih hoki negara, A Arul Selvaraj, Amin Rahim dan Wallace Tan diarahkan menjalani kuarantin sejak semalam selepas mempunyai kontak rapat dengan pesakit di bawah siasatan (PUI) Covid-19.

Pesakit berkenaan adalah pakar pemakanan daripada Institut Sukan Malaysia (ISN), sudah melakukan ujian swab Covid-19 selepas rakan serumahnya didapati positif Covid-19.

Disebabkan itu ketiga-tiga jurulatih berkenaan akan menamatkan tempoh kuarantin selama tiga hari sehingga esok.

Arul sebelum ini memulakan tugasan sebagai jurulatih kebangsaan terpaksa menjalani kuarantin wajib 14 hari Ogos lalu sebaik tiba dari Ireland.

Jika pakar pemakanan yang mereka temui minggu lalu positif, ketiga-tiga mereka bakal melakukan ujian swab.

Mereka diklasifikasikan sebagai lapisan ketiga kerana hanya mempunyai kontak dengan PUI iaitu lapisan kedua.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 9:22 PM