Pengurus Chelsea, Frank Lampard. FOTO Agensi
Pengurus Chelsea, Frank Lampard. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas penyerang Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink tidak percaya bahawa lambakan pemain berkualiti di Stamford Bridge ketika ini mampu menghadirkan cabaran buat pasukan itu memburu kejuaraan Liga Perdana.

Skuad Frank Lampard dilihat berada di landasan tepat untuk mencetak rutin kemenangan ke atas Southampton sebelum Saints bangkit untuk mengikat kedudukan seri 3-3 Sabtu lalu.

Menyaksikan Blues berterusan mempamerkan prestasi di luar jangkaan dengan hanya satu kemenangan daripada empat perlawanan terakhir Liga Perdana.

Di sebalik perbelanjaan besar pada musim panas dengan membawa masuk penyerang berprofil tinggi, Hasselbaink memikirkan bahawa Lampard perlu memperkuatkan barisan pertahanan sebelum skuad Blues dapat bersaingan dalam perebutan kejuaraan.

Bercakap kepada Sky Sports News, Hasselbaink berkata: "Tidak, Chelsea bukan pencabar kejuaraan liga.

"Mereka melepaskan terlalu banyak gol. Gembira dapat melihat mereka bertambah baik di jentera serangan dengan penampilan pemain seperti Mason Mount and [Timo] Werner.

"Tetapi bahagian pertahanan mencetus kebimbangan, jika mereka tidak dapat meningkat di bahagian pertahanan tengah dan penjaga gol ia satu yang membimbangkan.

Alisson membantu kemenangan kepada Liverpool tetapi ia tidak berlaku kepada Kepa. Chelsea perlu lebih baik di bahagian itu."

Chelsea kini harus bersaing dengan cepat dalam perlawanan ketika menyambut kehadiran Sevilla ke Stamford Bridge dalam pertembungan Liga Juara-Juara, awal pagi nanti.

Chelsea must now contend with a quick turnaround in fixtures as they welcome Sevilla to Stamford Bridge for Tuesday's Champions League clash.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 3:00 PM