Tiger Woods mahu mempertahan gelaran pada Kejohanan Zozo yang dijadualkan bermula minggu ini. FOTO Agensi
Tiger Woods mahu mempertahan gelaran pada Kejohanan Zozo yang dijadualkan bermula minggu ini. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Tiger Woods melancarkan pemburuan terbaharu bagi mencipta rekod kejuaraan Jelajah PGA ke-83 selepas berehat selama lima minggu untuk mempertahankan gelaran di Kejohanan Zozo yang dipindahkan ke California.

Tahun lalu, Woods menjulang kejuaraan jelajah ke-82 dalam karier pada tahun lalu dengan kemenangan di kejohanan sama dekat Jepun untuk menyamai rekod sepanjang zaman, Sam Snead.

Malah bintang Amerika itu turut merangkul 15 kejuaraan major dalam Masters.

Woods berharap dapat menjarakkan pencapaian Snead, dengan pandemik Covid-19 dan kecederaan yang mengganggu secara drastik mengehadkan penampilannya di kejohanan.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 44 tahun tidak beraksi sejak saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York bulan lalu.

Peluang untuk mempertahankan kejuaraannya minggu ini pada Kejohanan Zozo dekat Sherwood Country Club di pinggir bandar Los Angeles sukar dilepaskan.

Walaupun pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson menarik diri pada Isnin lalu kerana menjalani pemulihan Covid-19, Woods masih perlu mempamerkan kemampuan dengan melakukan permulaan yang baik untuk meraih gelaran ke 83 itu.

Pemain nombor dua dunia, Jon Rahm akan melakukan penampilan pertama sementara juara dua kali Piala FedEx, Rory McIlroy kembali bersaingan selepas menduduki tempat ketiga dalam kejohanan sama pada tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 1:14 PM