RONALDO dengan fesyen rambat baharunya.  FOTO Ronaldo
RONALDO dengan fesyen rambat baharunya. FOTO Ronaldo
Agensi

London: Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo tampil dengan imej baharu selepas membotakkan kepalanya ketika menjalani kuarantin.

Bintang berusia 35 tahun itu yang kerap mengubah penampilan berkongsi foto terkininya itu ketika melakukan senaman di gimnasium rumahnya di Turin.

Ronaldo terlepas aksi Juventus menewaskan Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin selepas dijangkiti Covid-19 ketika berdepan misi antarabangsa bersama Portugal.

Dia kini mengejar masa untuk menentang Barcelona dan musuh lama - Lionel Messi minggu depan dan hampir pasti terlepas aksi menentang Hellas Verona dalam saingan Serie A.

Walaupun tidak beraksi, Ronaldo tetap bersemangat tinggi ketika sesi bergambar yang dirakam teman wanitanya, Georgina Rodriguez kelmarin.

Dia mengambil video Ronaldo memanaskan badan di atas basikal latihan dengan foto terbabit dikongsi bersama pengikutnya yang berjumlah 241 juta di Instgram.

Bersama kapsyen tertera: ''Kejayaan dalam kehidupan tidak diukur apa yang anda capai tetapi keupayaan anda mengatasi halangan.''

Ronaldo turut memuat naik foto isyarat ibu jari yang menunjukkan dirinya dalam keadaan sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 2:10 PM