Guardiola (kiri) terpaksa merehatkan Sergio Aguero dalam saingan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Guardiola (kiri) terpaksa merehatkan Sergio Aguero dalam saingan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Marseille: Penyerangan Manchester City, Sergio Aguero terpaksa diketepikan kira-kira sebulan, kata Pep Guardiola pada sidang media hari ini.

City dijangka beraksi tanpa pemain Argentina itu berdepan Marseille dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi nanti.

Aguero, yang baru sahaja kembali beraksi dari kecederaan, mengalami kecederaan otot ketika seri menentang West Ham dalam aksi Liga Perdana, Sabtu lalu.

"Kami tahu dia tidak berada dalam keadaan terbaik," kata Guardiola.

"Apabila kamu tidak beraksi empat atau lima bulan kerana kecederaan lutut kamu akan sentiasa berdepan risiko mengalami kecederaan berulang."

"Ia mungkin membabitkan sekurang-kurangnya 10-15 hari. Jika tidak ia akan membabitkan tiga minggu hingga sebulan. Saya tidak tahu,"

Guardiola berkata dia mahu "Sergio kembali apabila dia pulih sepenuhnya. Kami sangat merindui aksinya. Apa yang dilakukan buat kelab ini sangat luar biasa, dia adalah legenda City."

Penyerang Brazil, Gabriel Jesus juga tidak dapat diturunkan, tetapi Guardiola berkata dia tidak berasa kesal kerana tidak membawa masuk pemain penyerang pada jendela perpindahan yang lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 8:04 AM