Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. FOTO File NSTP
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. FOTO File NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Komuniti bola sepak beragama Islam di negara ini diminta supaya menolak unsur-unsur ekstremis, semasa gerakan Islamophobia dilihat semakin menular di dunia barat.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dalam menyampaikan ingatan itu menyeru supaya mereka menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dalam membawa rahmat kepada seluruh dunia.

Sejajar dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini 'Ummah Rabbani, Negara Harmoni', beliau mengajak penyokong bola sepak negara yang beragama Islam untuk menghayati legasi Nabi Muhammad SAW, sebagai inspirasi dalam memperoleh pengetahuan masyarakat bertamadun yang berteraskan amalan baik serta moral.

"Alhamdulillah, kita perlu bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya, kita dapat menyambut Maulidur Rasul, walaupun dalam suasana yang berbeza berbanding sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 11:27 PM