Taktik Klopp (kiri) dan Guardiola jadi taruhan apabila Man City berdepan Liverpool esok. FOTO Agensi
Taktik Klopp (kiri) dan Guardiola jadi taruhan apabila Man City berdepan Liverpool esok. FOTO Agensi
AFP

London: Juara bertahan Liverpool masih mendahului Manchester City dengan kedudukan di tangga kedua liga menjelang pertembungan esok.

Ketika Southampton membuat kejutan mendahului liga dengan hanya perbezaan gol selepas aksi pagi ini.

Namun skuad kendalian Jurgen Klopp sudah mencicirkan lebih banyak mata dalam tujuh perlawanan berbanding 27 perlawanan awal musim lalu.

Menambah kepada masalah bagi mempertahankan gelaran mereka, Reds kehilangan pertahanan, Virgil van Dijk yang tampak akan terlepas sebahagian besar musim.

Walaupun dengan kehadiran pemain Belanda itu, Liverpool turut dimalukan 2-7 oleh Aston Villa sebulan lalu seterusnya memberikan mereka rekod pertahanan terburuk dalam liga.

"Banyak perkara berbeza tahun ini," kata Klopp.

"Tiada apa yang boleh dibanding dengan tahun lalu. Tidak boleh dibanding dengan tahun sebelum itu.

"Kami mesti memastikan kami melalui tempoh yang tegang ini, membariskan pemain paling cergas dan bermain sehabis baik. Dalam kes ini berdepan Man City, yang jelas ia adalah satu daripada perlawanan paling sukar di dunia."

Kecergasan juga menjadi penyumbang masalah kepada City.

Skuad kendalian Pep Guardiola hanya menang dua dalam lima perlawanan awal liga termasuk dibelasah 2-5 oleh Leicester di laman sendiri.

"Mereka (Liverpool) adalah pasukan pilihan utama, tetapi saya fikir apa yang berlaku pada pandemik musim ini adalah sangat berbeza, jadi saya lihat pasukan lain begitu kuat," kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2020 @ 8:58 PM