VIDA (kiri) ketika beraksi pada separuh masa pertama bertemu Turki semalam. FOTO AFP
VIDA (kiri) ketika beraksi pada separuh masa pertama bertemu Turki semalam. FOTO AFP
AFP

Zagreb: Pertahanan Croatia, Domagoj Vida dimaklumkan positif Covid-19 selepas beraksi pada babak pertama perlawanan persahabatan bertemu Turki di Istanbul semalam, menurut Persekutuan Bolasepak Croatia (HNS).

Kesemua skuad Croatia dan kakitangan lain didapati negatif pada Isnin namun satu lagi ujian dilakukan semalam menjelang aksi Liga Negara-Negara bertemu Sweden awal pagi Ahad.

Pasukan perubatan Croatia kemudian menerima maklumat awal salah seorang anggota berpotensi positif ketika separuh masa pertama perlawanan bertemu Turki.

Doktor mengasingkan pemain berkenaan ketika keputusan yang mencurigakan itu diuji semula dan ia kemudian disahkan positif.

Vida yang beraksi pada final Piala Dunia dan beraksi bersama kelab Turki, Besiktas akan menjalani proses pengasingan diri selama beberapa hari lagi di Istanbul.

Dia bakal terlepas perlawanan bertemu Sweden dan kemudian Portugal.

Aksi persahabatan bertemu Turki semalam berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri 3-3.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2020 @ 8:10 PM