NAPOLI berhajat menukarkan nama stadium kepada San Paolo-Diego Armando Maradona untuk mengenangkan jasa legenda itu. FOTO Agensi
NAPOLI berhajat menukarkan nama stadium kepada San Paolo-Diego Armando Maradona untuk mengenangkan jasa legenda itu. FOTO Agensi
Agensi

Naples: Napoli menimbang untuk menamakan semula stadium mereka bagi mengenang jasa Diego Maradona selepas legenda kelab berkenaan meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Maradona, yang disimpulkan salah seorang legenda bola sepak sepanjang zaman, mempunyai ikatan kukuh dengan kelab Itali dan penyokongnya selepas tujuh tahun beraksi di situ dari 1984 hingga 1991.

Penyerang itu, yang membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 1986, menyertai Napoli dari Barcelona sekali gus membantu kelab berkenaan meraih dua gelaran Serie A (1987 dan 1990) dan Piala Itali serta Piala UEFA.

Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis mengesahkan selepas kematian Maradona kelab berkenaan akan berbincang untuk menamakan semula stadium mereka sebagai tanda penghormatan.

"Kami boleh menimbang idea ini dengan menamakan stadium dengan nama San Paolo-Diego Armando Maradona," kata De Laurentiis.

Datuk Bandar Naples, Luigi De Magistris menyokong idea berkenaan dengan menukarkan nama Stadium San Paolo kepada Maradona, yang meledak 81 gol dalam 188 penampilan bersama kelab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 7:36 PM