KLOPP merasakan ia bukan petanda baik dan EPL mengabaikan kebajikan pemain. FOTO Agensio
KLOPP merasakan ia bukan petanda baik dan EPL mengabaikan kebajikan pemain. FOTO Agensio
AFP

London: Jurgen Klopp menuduh eksekutif Liga Perdana Inggeris (EPL) mengabaikan kebajikan pemain selepas tidak menimbang untuk membenarkan pertukaran pemain simpanan daripada tiga kepada lima dalam satu mesyuarat minggu ini.

Jurulatih dibenarkan membuat lima pertukaran apabila EPL bersambung selepas ditangguhkan akibat Covid-19 musim lalu dan semua saingan liga utama meneruskan dengan membenarkan lima pertukaran.

Bagaimanapun, pasukan utama dalam saingan liga di England tewas undian menyebabkan peraturan itu kekal sehingga musim 2020/21. Pasukan lawan berkata ia akan memberi keuntungan buat kelab yang mempunyai skuad besar.

Walaupun mendapat sokongan padu daripada Klopp dan beberapa pengendali lain, tidak ada undian ketika pertemuan antara kelab-kelab kelmarin.

"Saya tidak terkejut. Saya sudah beritahu anda yang ketika pertemuan pengurus (pada November), jika kami mengundi pada hari itu, di mana kami tidak dibenarkan, ia pastinya lulus 100 peratus dengan 15 atau 16 undian.

"Ia tidak berlaku adalah petanda sesetengah pemegang taruh dan Ketua Pegawai Eksekutif serta pengarah sukan melihatnya berbeza daripada pengurus.

"Ia bukan petanda yang baik. Mereka ini mengabaikan kebajikan pemain," kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 9:07 AM