Penyerang Manchester United dari Uruguay, Edinson Cavani didakwa menggunakan perkataan berunsur perkauman. FOTO AFP
Penyerang Manchester United dari Uruguay, Edinson Cavani didakwa menggunakan perkataan berunsur perkauman. FOTO AFP
AFP

London: Penyerang Manchester United, Edinson Cavani digantung tiga perlawanan dan didenda £100,000 (RM552,445) kerana menggunakan perkataan perkauman di media sosial umum Persatuan Bolasepak negara itu hari ini.

Pemain berusia 33 tahun yang di tandatangan musim panas lalu membantu kemenangan pasukannya di Southampton pada 29 November lalu, apabila menghasilkan bantuan gerakan gol kepada Bruno Fernandes sebelum meledak dua gol dalam kebangkitan 3-2.

Cavani memuat naik kenyataan di Instagram selepas perlawanan termasuk dalam perkataan Sepanyol "negrito" ('hitam') sebagai membalas mesej kepada ucapan tahniah selepas melengkapkan kemenangan kelabnya.

Penyerang Uruguay itu kemudian memadamkan kenyataan itu dan memohon maaf selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.

Namun FA kini menghukum penyerang itu selepas dia mengakui melanggar E3 undang-undang FA.

United kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa perkataan itu jelas digunakan dengan penuh mesra dan mempunyai maksud mendalam yang berbeza di Amerika Selatan.

Kelab itu memberitahu bekas penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu dimaklumkan beberapa perkataan itu dianggap penghinaan di Britain dan dia kemudiannya memadamnya.

Pihak FA mengeluarkan garis panduan pra musim yang menekankan bahasa dan tingkah laku rasis dan diskriminasi, dengan kesalahan di media sosial yang membawa kepada hukuman minimum digantung tiga perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2021 @ 12:02 AM